Friday, April 1, 2011

Rege minyak naik lagi...20sen lagi...

Sudah menjadi adat setiap yg turun akan naik kembali dan kebiasaannya bila dh naik susah utk turun. Begitulah juga dgn rege minyak,akhirnya naik jugak 20sen selepas tengah malam ini. Hanya utk minyak RON97 sahaja, yg RON95 pasti mengikut jejak juga nanti. Walau naik bape sen atau pun bapo riyal sekalipom, jln2 kat kolumpo khususnyo, akan tetap jem jgk nge. Dengan ini harga baru bagi minyak RON97 ialah RM2.70 seliter. Kenaikan ini tentunya akan mendorong peningkatan harga barangan khususnya barangan keperluan harian.


Kereta aku pulak sudah lama tidak berasap ekzosnya. Rindu jugak nak dengar bunyi pranggg..pranggg....Biarpun tak boleh memandunya buat sementara ni, cukuplah sekadar melihatnya. Entah bila la aku boleh memandu lagi. selagi tulang belum betul-betul bercantum, selagi tu lah tak boleh bawak kereta. Kesian En.Putih, lama tersadai di bawah garaj..


Tuesday, March 29, 2011

Ohh Rulang..Ohh besi..Ohh skru..

Arini genap sudah dua bulan selepas xcident. Semalam ari first pegi buat follow-up kat hospital kb. Selepas buat x-ray, doktor ckp bahagian tulang yg patah masih belum terbentuk sepenuhnya, baru je nampak mcm kapas-kapas. Doktor anggarkan paling kurang pun 2 bulan lagi baru la ia boleh terbentuk sepenuhnya. Lama lagi la jawabnya kene berjalan pakai tongkat..Doktor tak bagi lagi utk gunakan kaki kiri semasa berjalan, kerana dikhuatiri besi yg menyokong tulang tu akan patah. Terbatas lagi la pergerakan..

 Dalam tulang paha aku sekarang ni terdapat sebatang besi berukuran lebih kurang dlm 50cm dan juga 3 bijik skru yg menyokong besi tersebut. Doktor bagitau, besi dan skru-skru tu memang akan kekal dalam tulang dan  tak akan dikeluarkan sampai bila-bila. Patutla bila digerakkan sedikit kaki kiri, rasa mcm ada benda yg tersangkut je kt dalam, rupanya ada skru..hehe