Tuesday, March 29, 2011

Ohh Rulang..Ohh besi..Ohh skru..

Arini genap sudah dua bulan selepas xcident. Semalam ari first pegi buat follow-up kat hospital kb. Selepas buat x-ray, doktor ckp bahagian tulang yg patah masih belum terbentuk sepenuhnya, baru je nampak mcm kapas-kapas. Doktor anggarkan paling kurang pun 2 bulan lagi baru la ia boleh terbentuk sepenuhnya. Lama lagi la jawabnya kene berjalan pakai tongkat..Doktor tak bagi lagi utk gunakan kaki kiri semasa berjalan, kerana dikhuatiri besi yg menyokong tulang tu akan patah. Terbatas lagi la pergerakan..

 Dalam tulang paha aku sekarang ni terdapat sebatang besi berukuran lebih kurang dlm 50cm dan juga 3 bijik skru yg menyokong besi tersebut. Doktor bagitau, besi dan skru-skru tu memang akan kekal dalam tulang dan  tak akan dikeluarkan sampai bila-bila. Patutla bila digerakkan sedikit kaki kiri, rasa mcm ada benda yg tersangkut je kt dalam, rupanya ada skru..hehe